3 Dec 2011

Panduan

 
Isi dikembangkan melalui : Huraian


Huraian melibatkan persoalan.

Ø  Apa                      :     tentang perkara,nama benda atau haiwan.
Ø  Mengapa             :  tentang sebab atau alasan.
Ø  Bagaimana          :  tentang proses atau keadaan.
Ø  Siapa                   :  tentang nama orang.
Ø  Bila                      :   tentang masa, waktu dan tarikh.
Ø  Di mana               :  tentang tempat, lokasi atau kedudukan.
Ø  Berapa                :   tentang kuantiti atau jumlah 

CONTOH :
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin  bertambah
   semenjak  kebelakangan ini.  Pada pendapat anda,          
   siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini 


 
Ayat 1
Fakta - Pada pendapat saya, ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab menangani
             masalah ini dengan mengawal aktiviti dan tingkah laku remaja.
Ayat 2
Apa -  Dalam hal ini bertanggungjawab mengawal aktiviti bermaksud  mereka bertindak
           mengekang segala aktiviti yang menjurus ke arah kegiatan jenayah.
Ayat 3
Mengapa - Mereka boleh bertindak mengawal kerana ibu bapa merupakan orang yang paling
                   hampir dan paling faham karenah  anak-anak mereka.
Ayat 4
 Bagaimana – Tindakan mengawal boleh dilakukan ialah memantau pergerakan dan aktiviti remaja.
        
Ayat 5
Implikasi – Tindakan mengawal menyebabkan remaja akan merasakan diri mereka sentiasa
                    diberi perhatian dan pengawasan.
Ayat 6  
contoh mengawal - Misalnya ibu bapa boleh memberi teguran dan nasihat sekiranya tingkah
                                  laku dan perbuatan anak-anak mereka  mula menampakkan unsur-unsur  negatif .

Ayat 7
Penegasan – Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan
                        berkesan,   pembabitan remaja dalam kancah jenayah dapat dikurangkan.  


No comments: