3 Dec 2011

Panduan

 
Isi dikembangkan melalui : Huraian


Huraian melibatkan persoalan.

Ø  Apa                      :     tentang perkara,nama benda atau haiwan.
Ø  Mengapa             :  tentang sebab atau alasan.
Ø  Bagaimana          :  tentang proses atau keadaan.
Ø  Siapa                   :  tentang nama orang.
Ø  Bila                      :   tentang masa, waktu dan tarikh.
Ø  Di mana               :  tentang tempat, lokasi atau kedudukan.
Ø  Berapa                :   tentang kuantiti atau jumlah 

CONTOH :
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin  bertambah
   semenjak  kebelakangan ini.  Pada pendapat anda,          
   siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini 


 
Ayat 1
Fakta - Pada pendapat saya, ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab menangani
             masalah ini dengan mengawal aktiviti dan tingkah laku remaja.
Ayat 2
Apa -  Dalam hal ini bertanggungjawab mengawal aktiviti bermaksud  mereka bertindak
           mengekang segala aktiviti yang menjurus ke arah kegiatan jenayah.
Ayat 3
Mengapa - Mereka boleh bertindak mengawal kerana ibu bapa merupakan orang yang paling
                   hampir dan paling faham karenah  anak-anak mereka.
Ayat 4
 Bagaimana – Tindakan mengawal boleh dilakukan ialah memantau pergerakan dan aktiviti remaja.
        
Ayat 5
Implikasi – Tindakan mengawal menyebabkan remaja akan merasakan diri mereka sentiasa
                    diberi perhatian dan pengawasan.
Ayat 6  
contoh mengawal - Misalnya ibu bapa boleh memberi teguran dan nasihat sekiranya tingkah
                                  laku dan perbuatan anak-anak mereka  mula menampakkan unsur-unsur  negatif .

Ayat 7
Penegasan – Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan
                        berkesan,   pembabitan remaja dalam kancah jenayah dapat dikurangkan.  


PERMASALAHAN DALAM KARANGAN


Karangan merupakan satu daripada bahagian penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat rendah atau pun menengah. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalm bahasa Melayu. Berdasarkan masalah tersebut bahagian ini cuba untuk menghuraikan permasalahan dalam penulisan karangan  peringkat menengah rendah.


1.   Pembinaan ayat

Þ   Ayat tidak gramatis

Þ   Ayat yang dibina  tergantung (Tiada subjej mahupun prediket)

Þ   Ayat-ayat yang terdapat unsur lewah.

Þ   Kesalahn dalam penggunaan laras bahasa.

Þ   Pelajar tidak mahir dalam mengembangkan ayat (Perluasan bahagian subjek/prediket.)





2.   Kesilapan dari segi tatabahasa, antaranya 
kesalahan tatatabahasa yang ketara dalam penulisan ialah:

Þ   Penggunaan kata sendi nama ( di, dari, daripada, pada )

Þ   Penggunaan kata pameri (ialah, adalah)

Þ   Pengunaan kata majmuk (dijarakkan, dirapatkan)

Þ   Penggunaan kata hubung.

Þ   Penggunaan imbuhan awalan, apitan, akhiran dan sisipan.

Þ   Penggunaan imbuhan meN...kan, meN...i dengan tepat.



3.   Pemilihan perkataan tidak sesuai dan tidak tepat.

Þ   Perkataan tidak menepati maksud sebenarnya.

Þ   Perkataan yang dipilih bersalahan dengan konteks.

Þ   Perkataan tidak menepati laras bahasa.

4.   Kesilapan penggunaan tanda baca.

Þ   Tidak mahir menggunakan tanda baca.



5.   Gaya penulisan.

Þ   Skemata dalam penulisan (pendahuluan, isi, penutup)

Þ   Pembinaan ayat dalam perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup dihasilkan secara tidak berstruktur. Perenggan pendahuluan (ayat ransangan dan ayat arahan) Perenggan isi  (4W 1H, deduktif, induktif, efektif dll)

Perenggan penutup (ayat kesimpulan, cadangan , harapan )

Þ   Pemerengganan dalam karangan. (tidak sekata)

Þ   Ayat terlalu panjang (ayat topik dengan beberapa ayat huraian)





6.   Idea / isi

Þ   Idea pokok tidak disokong dengan idea kecil.

Þ   Tidak menjawab rangsangan tajuk (bincangkan , setujukah anda, sejauh mana anda setuju, apa pendapat anda, huraikan, jelaska.)

Þ   Tidak cukup isi, huraian dan contoh )

Þ   Isi kurang bernas, kenyataan sepintas lalu, tiada fakta, contoh dan kenyataan yang kukuh.

Þ   Urutan isi tidak ada koheren.





7.   Olahan

Þ   Pelajar tidak menguasai ragam ayat (ayat aktif, ayat pasif)

Þ   Tidak mempelbagaikan jenis-jenis ayat (penyata, perintah, tanya, seruan.)

Þ   Tidak menguasai susunan ayat (ayat biasa, ayat songsang)